PUTRAJAYA: Malaysia #QuranHour kali ke-8 yang diadakan di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini hari ini mendapat sambutan yang menggalakkan pada program sejam yang bermula pada 12 tengah hari.
Program tahunan anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bersama rakan sinerginya yang lain bertemakan ‘Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WUIF Marhaini Yusoff program kali ini turut dimeriahkan lagi dengan penyertaan beberapa barisan artis popular tanah air termasuk pelakon filem Mat Kilau, Datuk Adi Putra.
#QuranHour itu juga katanya diisi dengan program tadabbur (menghayati) surah Al-Sajdah dan Doa Malaysia Teguh Bersama selain beberapa lagi atur cara menarik yang telah dirancang lebih awal.
Objektif utama penganjuran bagi edisi kali ini adalah menjurus kepada perubahan minda masyarakat melalui panduan yang dinyatakan dalam al-Quran.
Solusi daripada surah Al-Sajdah itu juga jelasnya menyajikan formula bagi membentuk mukmin sejati melalui sujud dan infak.
"Sehingga pagi tadi kita ada lebih kurang 2,000 'hotspot' yang telah berdaftar di seluruh negara dan juga luar negara. Hari ini lebih 3,000 peserta berkumpul di lokasi perdana selepas dua tahun dua kita tidak adakan secara fizikal seperti ini," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.
Tambahnya lagi acara hari ini turut menampilkan qari terkemuka tanah air untuk mengalunkan bacaan Al-Quran bersama peserta yang mengikuti program yang dijalankan secara fizikal dan juga atas talian.
Manakala Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.
Marhani turut menzahirkan penghargaan terhadap pelakon itu yang sanggup membatalkan aktivitinya yang lain demi memenuhi permintaan penganjur bagi memeriahkan lagi majlis #QuranHour pada kali ini.
"Setiap kali kita adakan #QuranHour sebenarnya kita nak bawa kepada erti kemerdekaan menurut Al-Quran. Jadi esok kita akan merayakan Hari Kebangsaan 2022 dan (penganjuran) kali ini kita bawakan sempena Hari Kebangsaan dan kita bawakan surah Al-Sajdah dan itu adalah kelainan pada tahun ini berbanding tahun-tahun lain," katanya lagi.
Surah Al-Sajdah menjadi surah pilihan sebagai panduan dalam membina negara Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur (negara baik yang mendapat keampunan Allah SWT).
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Aug 30 2022
Malaysia #QuranHour kali ke-8 hari ini diwarnai dengan pelbagai acara menarik buat peserta. - Gambar AWANI
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
KBS Sabah terajui Program Sabah Youth Volunteer Community
Kementerian Belia dan Sukan Sabah disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah seperti Program Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti rakan muda untuk mempromosi gaya hidup sihat dam komuniti.
JIM Sabah gempur PATI, 108 PATI ditahan
Lebih 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Bantu mahasiswa akses pangkalan data pencarian pekerjaan
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melancarkan Pusat Satelit Myfuture Jobs dengan kerjasama PERKESO Sandakan dalam usaha membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru
Menurut Mohd Yusof, kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan beliau cacat kekal itu turut meragut nyawa empat rakan sepasukan dan ramai lagi yang cedera.
Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan.
76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam
Vietnam merekodkan sebanyak 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari.
[KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial
Alhamdulillah, 31 Ogos tahun ini genap 66 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman dan campur tangan kuasa asing.
'Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton'
Staf Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, 35, menceritakan aksi lompatan merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Khamis lalu.
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Indonesia yakin hubungan dengan Malaysia utuh di tengah cabaran global
Jalinan di sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan dapat terus ditingkatkan melalui komitmen bersama kedua-dua negara.